Innate immune system terdiri daripada sel-sel darah putih seperti monocyte & macrophages , neutrophil, esosinophil, basophils , sel mast dan sel NK (Natural killer cells) dan protein –protein seperti complement, cytokines, lysozyme, interferon, dan acute phase protein. Mereka akan menjadi penghalang pertama bagi kemasukan kuman-kuman termasuklah dengan dibantu oleh mekanisma penghalang kemasukan yang lain seperti kulit, mukus membran, mekanisme batuk dan sebagainya. Mereka akan menyerang segala bendasing tanpa mengira jenis. Jika bendasing dapat mengatasi segala halangan ini, sistem pertahanan seterusnya iaitu adaptive immune system akan bertindak.
Adaptive immune system juga terdiri daripada sel-sel darah putih dan serum protein, tetapi berlainan jenis daripada innate system. Ia terdiri daripada sel-sel lymphocyte B, lymphocyte T dan sel plasma. Manakala serum protein yang bertindak pula adalah antibody dan cytokines.
Tindakan innate immune system dan adaptive immune system seringkali bertindan. Organisma tertentu akan ditentang oleh sel-sel yang tertentu. Tindakan ini adalah sangat unik dan yang maha agung sahaja yang amat mengetahui tentangnya. Serangan Virus akan ditentang oleh sel-sel lymphocyte, sel NK manakala bakteria selalalunya akan dimakan (phagocytosis) oleh sel-sel fagosit yang lain (neutrophil, macrophages dan lain-lain). Spesis parasit seperti cacing pula akan ditentang oleh sel eosinophil. Antibody pula akan bertindak mengikut penghkususan, iaitu mesti dirangsang dahulu ataupun dikenalkan dahulu dengan kuman-kuman tertentu (sensitize) ,kemudian antibodi akan dihasilkan. Bila terdapat kemasukan bendasing yang sama dengan yang telah dirangsang dahulu, mereka akan bertindak menghapuskan kuman tersebut dengan bantuan protein yang dinamakan complement. Konsep ini diguna pakai dalam penciptaan vaksin.
Siapakah yang akan menyerang sel-sel kanser ?. Setiap manusia terdedah dengan kanser disebabkan oleh cara hidup, amalan pemakanan, pencemaran , bahan kimia dan sebagainya. Tetapi tidak semua orang mendapat kanser walaupun mempunyai risiko yang sama. Ini kerana kekuatan sistem immun yang mereka ada. Sel-sel kanser sebenarnya dilawan oleh sel NK, lymphocyte dan mungkin juga macrophages. Tetapi yang paling berperanan adalah sel-sel NK, yang mana mereka akan membunuh secara terus dan kamikaze ( sel-sel NK akan mati bersama –sama bendasing/sel kanser tersebut).
Bagaimanakah mahu menguatkan system pertahanan badan ?
Thursday, April 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment